Tuesday, 5 February 2013

Menjaga Kulit Anda

KULIT YANG SIHAT

Jika anda mempunyai kulit yang sihat berseri, semua orang pasti akan mengagumi anda. kulit yang sihat juga melindungi anda daripada sinaran matahari dan bahan-bahan lain yang boleh memasuki badan anda. kulit anda ialah sistem pertahanan badan anda, jadi jagalah ia dengan baik.

BENARKAH ADA MAKANAN KHAS UNTUK KULIT?

Anda tidak memerlukan losyen atau komestik untuk mempunyai kulit yang cantik atau sihat. Makanan juga mempunyai banyak nutrien semulajadi yang bagus untuk kulit anda. Tetapi cara yang betul untuk kulit anda medapat nutrien-nutrien ini ialah dengan cara pemakanan yang seimbang, bukan dengan meletakkannya atau memerahnya pada kulit anda.

Nutrien untuk kulit anda

Untuk kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur-sayuran berdaun hijau, sayur-sayuran dan buah-buahab berwarna kuning, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yag mengandungi vitamin A, C dan B6, dan mineral zink.

MASALAH BIASA KULIT

Jerawat!!!!

Jerawat adalah masalah kulit yang biasa dialami oleh remaja. Ia disebabkan oleh hormon-hormon semasa akil baligh. Masalah ini bukannya serius sangat, tetapi anda boleh mendapatkan rawatan perubatan jika anda risau. Masalah kulit akan menjadi teruk jika anda tidak mengikuti cara pemakanan yang seimbang. Misalnya, jika anda tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya untuk mendapat zat vitamin dan mineral yang penting, anda mungkin mendapat keradangan kulit atau penyakit kulit yang lain.

CARA RAWATAN YANG BETUL

Cara-cara yang senang untuk menjaga kulit anda:


  • Bersihkan muka anda dua kali sehari dengan air suam dan sabun lembut, kemudian keringkan.
  • Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai, atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit.
  • Jangan sesekali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat anda. Ini akan menyebabkan keradangannya merebak dan akan merosakkan tisu-tisu halus di bawah kulit anda. 
  • Jangan merokok. Ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut-kedut dn juga akan melambatkan keupayaan kulit anda untuk sembuh. 
Jika anda mempunyai masalah kulit, atau ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang penjagaan kulit, anda harus berjumpa pakar dermatologi.

No comments:

Post a Comment