Wednesday, 20 February 2013

DINNER SEKTOR B.

Pada 19 Februari 2013, sekali lagi sektor B telah mengadakan makan malam bersama-sama ahli ahli sektor B. Makan malam kami bertemakan " Floral Muslimah ". Bertepatan dengan tema kami, saya memilih memakai baju kurung bercorak bunga dan warna yang saya pilih semestinya warna kaum hawa iaitu putih, dan merah jambu. Di dalam jamuan itu kami dikenalkan dengan logo baru sektor kami yang akan mula dirasmikan pada semester hadapan. Kami dijamukan dengan pelbagai hidangan dan persembahan yang menarik. Kami dihidangkan denagn pelbagai jenis juadah makanan, antaranya ialah nasi beriyani semestinya hidangan utama kami, buah-buahan, kuih muih, dan cendol kacang hitam. Persembahan pula ialah acara nasyid dan nyanyian oleh JPK sektor B. Selain itu ada juga acara cabutan bertuah sebanyak 25 cabutan dan hadiah. Sudah semestinya yang lebih menarik acara bergambar, tapi bergambar sendiri-sendiri dengan rakan masing-masing. Ini adalah antara gambar saya dan juga rakan-rakan semasa Dinner tersebut.









No comments:

Post a Comment