Sunday, 17 February 2013

8 Petua kuruskan badan & kempiskan perut.

Assalamualaikum.. Apa khabar semua hari ini? hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua cara mudah untuk kuruskan badan dan kempiskan perut. 

1. Elakkan makanan ringan 
Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.

2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat 
Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.

3. Kurangkan sumber protein 
Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.


4. Pilih menu makanan yang betul 
Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.

5. Makan banyak buah 
Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epak, betik, belimbing dsb.

6. Kurangkan buah manis 
Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.

7. Banyakkan minum 
 Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas.

8. Bersenam 
Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah.

Inilah tips dan petua ringkas untuk kuruskan badan. Usaha yang gigih dan konsisten amatlah perlu untuk berjaya dalam misi kita untuk mengempiskan perut. Moga ada kebaikan daripada perkongsia artikel ini.
Saya sarankan jika benar-benar ingin berjaya untuk kuruskan badan, bolehlah cuba untuk mendapatkan nasihat daripada pakar yang terbukti berjaya mengurangkan berat badan 5kg dalam 5 minggu.

No comments:

Post a Comment